Sunday, December 19, 2010

Nogri Sembilan .. Hobin Jang Hobin


Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jelebu dan Jempol.


den banggo jd bdak Nogri ....

idop nogri .. huhu

Monday, December 13, 2010

Ayat-Ayat Cinta dr Yang Esa

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan, hiburan (yang melalaikan), perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) .... "

Kisah Guru Tadika


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.

- Artikel iluvislam.com

Laskar Pelangi


Nukilan Laskar Pelangi:

Sebuah filem yang sangat bagus untuk ditontoni kerana ianya mempunyai banyak mesej yang dapat penonton teladani dan contohi. Bagi diriku cerita ini menunjukkan 'harapan' yang tinggi menggunung daripada anak-anak kecil Pulau Belitung yang ingin mengubah masa hadapan mereka dengan pendidikan. Kecekalan dan ketabahan si Lintang yang berbatu-batu mengayuh basikalnya dan setiap kali dalam perjalanan akan dihadangi oleh seekor buaya yang besar tetapi semangat dan azam yang kuat si Lintang menjadi Bintang yang menyerlah di SD Muhammadiah. Ternyata buah fikiran Adrea Hirata sangat memberi impak kepada para penonton terutamanya di Indonesia dan serata dunia.




sekian: dr guru novice