Dalam konteks hiburan pada hari ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:
A). Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.
B). Jika nyanyian itu senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu haram.
C). Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram.
D). Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah dan
E). Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
Maka harus diingatkan bahawa hiburan adalah wasilah sahaja. Ianya bertujuan mencari kerehatan jiwa dan fizikal untuk memberikan kesegaran pada fizikal dan jiwa atau sebagai wasilah dakwah spt nasyid utk menarik perhatian remaja agar dapat mendekati Islam.
Pesanan Imam al-Ghazali: 3 kriteria dlm mempengaruhi hukum hiburan itu:
1. Zaman (masa): adakah ianya hiburan melalaikan seseorang dr waktu jihad / ibadah.
2. Makan (Suasana): ia merujuk kpd suasana, situasi, majlis di mana hiburan itu dipersembahkan.
3. Ikhwan (manusia): ia merujuk kpd samada penghibur/ pendengar adakah mereka akan terdedah kpd kejahatan / kerosakan dgn hiburan tersebut.
Telah berkata Abdullah b. Masud r.a:
“ Nyanyian itu menumbuhkan sifat munafiq di dalam hati, seperti air menumbuhkan sayuran”
*Tulisan di atas diperolehi di Seminar Islamisasi Hiburan di UNISZA b’same dgn Tan Sri Dato’ Hj. Harussani Hj Zakaria*
No comments:
Post a Comment