Saturday, May 7, 2011



Andai kau tahu

pelangi itu..

mulanya merah

akhirnya ungu


Andai kau tahu

langit yang kau lihat

tak sama langitku



Andai kau tahu

diam itu rindu

namun sepi itu ketenangan



Andai kau tahu

kenangan itu sakit

ingatan itu perit



Andai kau tahu

entah bagaimana reaksimu..

ah, lebih baik kau tak tahu!


25 Mac 2011

Saturday, March 26, 2011

Terima Kasih











Terima kasih kerna didikan ayahanda dan bonda selama ini ...
akhirnya .... Anakanda berjaya dalam cita-citanya ...
Tanpa ayahanda dan bonda ~_~ tiada lah anakanda di dunia ...
doa ku pohon pada Yang Esa ...
Berkatilah mereka berdua ...
Rahmatilah hidup mereka ...

Saturday, February 19, 2011

awan mendung kota samarahan

tersadarku dari lena .. asyik dibuai mimpi indah
pantas gegendang telinga menangkap
teriak awan terkena panahan kilat ... (^_^)

sang mentari tersipu-sipu pagi ini ..
kenapa malu nak menunculkan diri ..
kan awan dah mula mencebik muka ..
mentari tak mahu bersua .. merajuuuuuuk dibuatnya ..

dari balkoni yang tinggi ..
terasa angin sejuk memukul-mukul pipi ..
awan mendung bertukar kini ..
titisan hujan membasahi bumi ..
kota samarahan bermandi lagi ...
dengan rahmat dari Ilahi ..

nukilan: amirfansuri
desa ilmu, kota samarahan ...
14.01 p.m

Tuesday, February 1, 2011

Dunia Baru Aque

Selamat datang ke dunia realiti
perguruan ....
jadilah seorang guru yang ..
kehadirannya sentiasa dinanti,
bicara ilmunya seikhlas hati,
kata nasihatnya didengari,
penampilannya dikagumi

kerna ..
keindahan realiti,
segala-galanya bergantung pada diri sendiri ...

*dedikasi istimewa dari yang teristimewa*

amir fansuri , 12.00 a.m , Teratak Serting

Saturday, January 22, 2011

Dunia oh dunia

Mengapa manusia suka berpura-pura

Belakang dan depan

Konon baik seperti malaikat

Tapi jahat yang kau pahat


Mengapa manusia suka bermuka-muka

lembut lidah berkata nista

Benarlah kata pujangga

Lidah tidak bertulang

Apa yang dilafaz bukanya semuanya permata

Tapi kaca semata

Senang bersama tapi susah tiada siapa yang cakna

Bagai enau dalam belukar melepas pucuk-pucuknya


Kata ayah dunia kini sudah bertukar rupa

Hari ini kita berjanji kawan sampai bila-bila

Tapi esok ….

Musuh dalam selimut

Tikam-menikam

Mulut busuk

kita berbudi tapi dibalas tahi

ketika paha kanan dicubit

aneh paha kiri

enggan berkongsi sakit


inilah dunia nyata bagiku

aku bosan dengan ‘lakonan’ yang bergelar manusia

sampai bila harus aku bernafas

dalam lumpur yang melemaskan jiwa dan raga

aku insan biasa ingin memiliki bahagia

seperti mana mereka

yang berbunga-bunga

tapi ramai mata-mata yang suka

melihat aku terseksa

terus terseksa

keseorangan dalam dunia ….

@mir1437 , 3.20 p.m , teratak serting

Sunday, January 16, 2011

aisheteru

walau cintaku bertepuk sebelah tangan
namun ...
aku tetap membalas dengan seribu senyuman keindahan
kenang akan daku
dalam doa mu ...

aisheteru ...

amir1437 , 2.12 a.m , teratak serting

Thursday, January 13, 2011

Titik Nokhtah

Demi Tuhan
Yang diriku berada dalam
Genggaman Tangan Nya .

Saksikanlah
Langit dan bumi menjadi mata-mata
Melihat gelagat manusia
Di alam cinta fana.

Tiap permulaan adanya pengakhiran
Mula entah bagaimana
Akhir entah macam mana
Husnul khatimah kah aku
Atau su'ul khatimah kah aku
Tiada siapa yang tahu.

Dalam meniti samudera berbisa
Kapal ku naiki hilang arahnya
Ombak dan badai terus menyapa
Bahgia atau duka
Yang akan menerpa.

Bergugur air mata
Sejernih embun di kala pagi
Menitis jatuh ke tanah
Menyesali rakusnya diri
Menjadi hamba nafsu yang tidak mati-mati.

Izrail bertandang dimuka pintu
Ingin menjemput menjadi tetamu
Bergetar suaraku
Berkocak jiwaku
Nokhtah hidup ...
Sudah tiba ...


0.57 a.m . @yoi 1437 . Teratak Serting