Sunday, January 9, 2011

Kuliah Fiqh 2


1. Apakah hukumnya mencium kaki kedua ibu bapa ?


Jawapan:

Hukumnya adalah harus tetapi perlu diingatkan bahawa kaki yang dicium adalah kaki ibu bapa sahaja. Maka kaki-kaki lain haram hukumnya.

2. Apakah hukum perempuan memakai gelang kaki ?

Jawapan:

Dibenarkan tetapi tanpa ada loceng. Serta tidak boleh mendedahkan kepada lelaki asing.

Bagi lelaki hukum memakai gelang pula adalah haram.

Loceng:- meletakkan loceng dileher haiwan seperti lembu/ kambing hukumnya adalah makruh. Ini kerana ianya merupakan kesukaan syaitan. Seperti hadis nabi:

“Loceng adalah siulan dari syaitan”

No comments:

Post a Comment