Saturday, January 22, 2011

Dunia oh dunia

Mengapa manusia suka berpura-pura

Belakang dan depan

Konon baik seperti malaikat

Tapi jahat yang kau pahat


Mengapa manusia suka bermuka-muka

lembut lidah berkata nista

Benarlah kata pujangga

Lidah tidak bertulang

Apa yang dilafaz bukanya semuanya permata

Tapi kaca semata

Senang bersama tapi susah tiada siapa yang cakna

Bagai enau dalam belukar melepas pucuk-pucuknya


Kata ayah dunia kini sudah bertukar rupa

Hari ini kita berjanji kawan sampai bila-bila

Tapi esok ….

Musuh dalam selimut

Tikam-menikam

Mulut busuk

kita berbudi tapi dibalas tahi

ketika paha kanan dicubit

aneh paha kiri

enggan berkongsi sakit


inilah dunia nyata bagiku

aku bosan dengan ‘lakonan’ yang bergelar manusia

sampai bila harus aku bernafas

dalam lumpur yang melemaskan jiwa dan raga

aku insan biasa ingin memiliki bahagia

seperti mana mereka

yang berbunga-bunga

tapi ramai mata-mata yang suka

melihat aku terseksa

terus terseksa

keseorangan dalam dunia ….

@mir1437 , 3.20 p.m , teratak serting

Sunday, January 16, 2011

aisheteru

walau cintaku bertepuk sebelah tangan
namun ...
aku tetap membalas dengan seribu senyuman keindahan
kenang akan daku
dalam doa mu ...

aisheteru ...

amir1437 , 2.12 a.m , teratak serting

Thursday, January 13, 2011

Titik Nokhtah

Demi Tuhan
Yang diriku berada dalam
Genggaman Tangan Nya .

Saksikanlah
Langit dan bumi menjadi mata-mata
Melihat gelagat manusia
Di alam cinta fana.

Tiap permulaan adanya pengakhiran
Mula entah bagaimana
Akhir entah macam mana
Husnul khatimah kah aku
Atau su'ul khatimah kah aku
Tiada siapa yang tahu.

Dalam meniti samudera berbisa
Kapal ku naiki hilang arahnya
Ombak dan badai terus menyapa
Bahgia atau duka
Yang akan menerpa.

Bergugur air mata
Sejernih embun di kala pagi
Menitis jatuh ke tanah
Menyesali rakusnya diri
Menjadi hamba nafsu yang tidak mati-mati.

Izrail bertandang dimuka pintu
Ingin menjemput menjadi tetamu
Bergetar suaraku
Berkocak jiwaku
Nokhtah hidup ...
Sudah tiba ...


0.57 a.m . @yoi 1437 . Teratak Serting

Tuesday, January 11, 2011

KeKasiH ...



Akan kupintal buih-buih

Menjadi tali mengikatmu

Akan kuanyam gelombang-gelombang

Menjadi hamparan ranjang tidurmu

Akan kutenun awan-gemawan

Menjadi selendang menudungi rambutmu

Akan kujahit bayu gunung

Menjadi baju pakaian malammu

Akan kupetik bintang timur

Menjadi keronsang menyinari dadamu

Akan kujolok bulan gerhana

Menjadi lampu menyuluh rindu

Akan kurebahkan matahari

Menjadi laut malammu

Menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi

Yang membunuh realiti

Dengan syurga ilusi.

: 1437 , 12.51 p.m , IPKT

Sunday, January 9, 2011

Kuliah Fiqh 2


1. Apakah hukumnya mencium kaki kedua ibu bapa ?


Jawapan:

Hukumnya adalah harus tetapi perlu diingatkan bahawa kaki yang dicium adalah kaki ibu bapa sahaja. Maka kaki-kaki lain haram hukumnya.

2. Apakah hukum perempuan memakai gelang kaki ?

Jawapan:

Dibenarkan tetapi tanpa ada loceng. Serta tidak boleh mendedahkan kepada lelaki asing.

Bagi lelaki hukum memakai gelang pula adalah haram.

Loceng:- meletakkan loceng dileher haiwan seperti lembu/ kambing hukumnya adalah makruh. Ini kerana ianya merupakan kesukaan syaitan. Seperti hadis nabi:

“Loceng adalah siulan dari syaitan”

Friday, January 7, 2011

Pergi Kau !

Pergi kau


Ah .. pergi kau dariku ...
Benci aq pd mu ..
Jgn hampiriku
Jgn rapatiku
Jgn dekatiku

Knp aku diam m’bisu ...
Kerna benci tapi rindu ...

Wednesday, January 5, 2011

Ombak Rindu .....


Ombak rindu






Semalam….

Dunia terang bersuluhkan mentari

Kau muncul di kala sepi

Terasa baru bersua muka

Mencipta pertemuan bahagia


Dan hari ini….

Langit mendung kembali

Kau tiada di mata

Tinggal kenangan mencuit di minda


Wajahmu kian pudar dan malap dari benakku

Aku gila bagai si ombak ...

tiap tika menghempas pantai yg setia .... tapi

Kini tinggal cuma debu-debu rindu


Biarkan angin membawa kita

Terbang entah kemana

Kerna perpisahan menanti tiba

pasrah jua pd ketentuan Nya.


Ku berdoa pada Sang Pencipta

Moga dipertemukan untuk kali kedua

Sebelum mata ditutup rapat

Sebelum nafasku tersekat-sekat

Sebelum roh berpisah dari jasad

Nukilan :

1437 @ ayoi – 12.14 p,m 25 / 5 / 2010 ... Lib Ibnu Sina

Action Research (^_^)

Bismillahirahmanirrahim ......

Sabda Baginda s.a.w:-

Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a .. Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Sesiapa yang ditanya ttg sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. ( Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)....

kata kunci: JANGAN KEDEKUT ILMU & SEBAR-SEBARKAN LAHHHHHH......

ok ... Kajian Tindakan ...
aq pun bukan teror sgt lam a.r ni tp stakat nk share leh ar ... ;p

kajian tindakan ni kire mcm pra tesis la ... sblm 'pengkaji' melaksanakan kajiannya ... pengkaji mstlah buat kertas cadangan dulu / rangka untuk kajian nanti di sekolah .... dalam proposal yg diminta data-data adalah tidak perlu kerana data-data tersebut 'pengkaji' akan laksanakan semasa proses nak wat tesis tu nanti ....

Apa yg nak ditulis lam proposal ?

cuba korang tgk kat bwh ni ... insyallah boleh dijadikan panduan dlm nk menulis proposal nanti ...
TAPI ... !!! kdg2 kandungan proposal b'tukar .. depend pd lecturer / penyelia ....

ISI KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN

ABSTRAK

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 1

1.2 Latar belakang kajian 2

1.3 Pernyataan masalah 3

1.4 Tinjauan awal 3

1.5 Refleksi sorotan litratur 4

BAB 2: FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Tinjauan masalah 5

2.1 Analisis Tinjauan masalah 5

BAB 3: OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif kajian 5

3.2 Soalan kajian 6

3.3 Kepentingan kajian 7

3.4 Definisi operational 8

3.5 Batasan kajian 9

BAB 4: KUMPULAN SASARAN 9

BAB 5 : CADANGAN TINDAKAN

5.1 Perancangan tindakan 10

5.2 Prosedur cara mengumpul data

- instrumen kajian 12

- keesahan dan kebolehpercayaan data 13

5.3 Perancangan cara menganalisi data 14

5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan

- jadual pelaksanaan 14

- kos kajian 15

SENARAI RUJUKAN 16

LAMPIRAN

Lampiran 1: Maklumat responden

Lampiran 2: Soalan pra ujian

Lampiran 3: Sampel kajian



*setakat ni dulu ar ..... blog ni akan diupdate dr masa kesemasa lahhh ....* \
p/s: sape dh tgk nant jd lah follower blog ni .. huhu .. (promote2) ...




SAMBUNGAN 2 ....

Bagi memudahkan penulisan proposal korang .... aq menyediakan beberapa tajuk penulisan yang telah dibuat oleh beberapa orang pengkaji. Biasanya sesebuah kajian pendidikan adalah mengkaji tentang beberapa pokok utama contohnya seperti masalah dalam kelas (budak lembap/ tulisan tidak cantik/ prestasi ), kajian ttg keberkesanan sesuatu pendekatan/teknik/ kaedah dalam mengajar. Selain itu kajian pendidikan juga adalah tentang menguji alat contohnya kad imbasan, permainan dam ular, lagu2 dan sebagainya....

Kat bawah ni ader contoh2:-

1.

  1. Keberkesanan pembelajaran secara kumpulan kerjasama dalam meningkatkan prestasi murid tahun 5 melibatkan kemahiran asas dalam tajuk pecahan.
  2. Penggunaan algoritma house method dalam meningkatkan kemahiran murid berpencapaian rendah untuk mendarab sebarang nombor dua digit dengan nombor dua digit.
  3. Keberkesanan permainan roda impian dalam meningkatkan kemahiran menyebut suku kata tertutup jawi Kvk murid tahun 2 sekolah ******* ;
  4. Keberkesanan kaedah demonstrasi terhadap pencapaian pelajar dalam bidang ibadah. Satu kajian mengenai cara bertayamum terhadap pelajar tahun 5 sekolah ********* ;
  5. Meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menyambung huruf jawi tunggal dengan menggunakan ‘kad warna jawiku’
  6. KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH KEKURANGAN MURID RINTIS DI TERENGGANU.....


Nasihat aq pd korang jgn t’buru-buru utk memilih tajuk ... biasanya akan berlaku perubahan tajuk di saat korang nak mulakan penulisan. Fikir masak-masak dan banyakkan bertanya dengan penyelia dan pensyarah yang mengajar ....