Saturday, January 22, 2011

Dunia oh dunia

Mengapa manusia suka berpura-pura

Belakang dan depan

Konon baik seperti malaikat

Tapi jahat yang kau pahat


Mengapa manusia suka bermuka-muka

lembut lidah berkata nista

Benarlah kata pujangga

Lidah tidak bertulang

Apa yang dilafaz bukanya semuanya permata

Tapi kaca semata

Senang bersama tapi susah tiada siapa yang cakna

Bagai enau dalam belukar melepas pucuk-pucuknya


Kata ayah dunia kini sudah bertukar rupa

Hari ini kita berjanji kawan sampai bila-bila

Tapi esok ….

Musuh dalam selimut

Tikam-menikam

Mulut busuk

kita berbudi tapi dibalas tahi

ketika paha kanan dicubit

aneh paha kiri

enggan berkongsi sakit


inilah dunia nyata bagiku

aku bosan dengan ‘lakonan’ yang bergelar manusia

sampai bila harus aku bernafas

dalam lumpur yang melemaskan jiwa dan raga

aku insan biasa ingin memiliki bahagia

seperti mana mereka

yang berbunga-bunga

tapi ramai mata-mata yang suka

melihat aku terseksa

terus terseksa

keseorangan dalam dunia ….

@mir1437 , 3.20 p.m , teratak serting

2 comments:

  1. keraNA kaU hanYA laH MAnusiA BIasA...

    ReplyDelete
  2. biasalah lah tu manusia.
    dan kau tak sorang kat dunia ni, aku kan ada :)

    ReplyDelete