Sunday, December 26, 2010

Hiburan Dalam Islam

Hiburan adalah sebahagian dari fitrah kemanusiaan. Fitrah diri manusia yang mempunyai syahwat yang sukakan sesuatu yang menyenangkan hati samada dengan bersuka ria dengan keluarga, harta dan mendengar lagu-lagu mengasyikkan. Firman Allah s.w.t di dalam surah ali imran: 14 :-

"Dihiaskan kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)".

Dalam konteks hiburan pada hari ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

A). Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.

B). Jika nyanyian itu senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu haram.

C). Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram.

D). Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah dan

E). Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.


Maka harus diingatkan bahawa hiburan adalah wasilah sahaja. Ianya bertujuan mencari kerehatan jiwa dan fizikal untuk memberikan kesegaran pada fizikal dan jiwa atau sebagai wasilah dakwah spt nasyid utk menarik perhatian remaja agar dapat mendekati Islam.

Pesanan Imam al-Ghazali: 3 kriteria dlm mempengaruhi hukum hiburan itu:

1. Zaman (masa): adakah ianya hiburan melalaikan seseorang dr waktu jihad / ibadah.

2. Makan (Suasana): ia merujuk kpd suasana, situasi, majlis di mana hiburan itu dipersembahkan.

3. Ikhwan (manusia): ia merujuk kpd samada penghibur/ pendengar adakah mereka akan terdedah kpd kejahatan / kerosakan dgn hiburan tersebut.

Telah berkata Abdullah b. Masud r.a:

“ Nyanyian itu menumbuhkan sifat munafiq di dalam hati, seperti air menumbuhkan sayuran”


*Tulisan di atas diperolehi di Seminar Islamisasi Hiburan di UNISZA b’same dgn Tan Sri Dato’ Hj. Harussani Hj Zakaria*


No comments:

Post a Comment