Friday, December 31, 2010

Kuliah Fiqh

Apakah hukum bekas jilatan / minuman yang telah digunakan oleh anjing/babi ?

Anjing / babi adalah najis berat (mughallazah). Oleh itu setiap daripadanya adalah najis termasuk air liurnya. Bekas yang telah dijilat oleh anjing/ babi adalah najis. Cara menyucikannya adalah dengan 7 kali basuhan. Basuhan pertama dengan air tanah.

Setelah itu barulah ianya menjadi suci kembali ...

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda bersabda:

طهور إناء أحدكم إذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مات أولاهن بالتراب

Maksudnya:

Sucinya bekas air seseorang kamu apabila dijilat oleh anjing ialah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, yang pertamanya dengan tanah.

Hadis sahih riwayat Muslim, Abi Dawud, Ibn Khuzaimah dan Dar Qutdni

Hadis riwayat Tirmizi pula menyebut:

أخراهن أو أولاهن


Maksudnya:
Yang terakhirnya atau yang pertamanya.

7 perkara najis:

1. Arak dan semua cecair yang memabukkan.

2. Anjing dan babi.

3. Bangkai (tapi tidak termasuk 3 jenis bangkai iaitu mayat manusia, ikan dan belalang).

4. Darah yang mengalir dan nanah.

5. Air kencing manusia dan binatang serta tahi kedua-duanya.

6. Setiap bahagian yang tercerai daripada binatang semasa hidup.

7. Susu haiwan yang tidak dimakan seperti keldai.


Oleh itu berdasarkan penerangan di atas, maka bekas jilatan anjing / babi termasuk dalam kategori najis. Semoga ibadah kita dapat terpelihara daripada perkara-perkara berikut. Wallahua'lam ....


Sumber:

Kitab Fikah Mazhab Syafie (Bab bersuci) , www.darulfuqaha.com


No comments:

Post a Comment